Mengenai Kalsium L-threonate

Apakah itu Kalsium L-threonate?

Kalsium L-threonate merupakan sejenis sebatian yang khas digunakan dalam rawatan penyakit tulang. Acid L-threonic adalah sejenis metabolit vitamin C yang aktif di mana ia berkebolehan dalam meningkatkan bioavailability bahan mineral, seperti kalsium. Vitamin C terkenal sebagai penanda bagi pembentukan osteoblas dan juga menunjukkan kebolehannya dalam merangsang prokolagen serta meningkatkan sintesis kolagen (Morton et al. 2001; Hall et al. 1998; Franceschi & Lyer 1992).

Bagaimanakah L-threonate dapat membantu dalam pembentukan semula tulang?

Dalam kajian in vitro, kalsium L-threonate merupakan salah satu jenis metabolit yang telah dicadangkan dapat mempengaruhi pembentukan nodul bermineral dan protein berkolagen (Rowe et al. 1999).

Dalam kajian model arnab, L-threonate, terutamanya kalsium L-threonate telah didapati menghalang resorpsi tulang oleh osteoklas melalui pengukuran tahap kolagen C-telopeptida (CTx) Jenis I (He et al. 2005).

Kalsium L-threonate telah menunjukkan kesan-kesan perangsangan ke atas kadar proliferasi, aktiviti ALP dan pembentukan nodul bermineral oleh osteoklas yang dikultur secara in vitro, dan kesannya adalah lebih kuat berbanding kalsium glukonat dan kalsium klorida. Maka, kalsium L-threonat adalah sejenis sebatian yang kuat dalam meningkatkan pembentukan tulang, dan pada masa yang sama, menghalang resorpsi tulang oleh osteoklas.

Apakah itu kolagen hidrolisat?

Kolagen hidrolisat diperolehi daripada tulang dan rawan. Ia terdiri daripada amino asid-amino asid yang diperlukan dalam pembentukan kolagen dan tisu-tisu dalam tubuh badan manusia.

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa kolagen hidrolisat yang diambil secara lisan telah diserap dalam usus, berkumpul di dalam rawan dan meningkatkan sintesis makromolekul matriks ekstraselular oleh kondrosit. Maka, kolagen hidrolisat sangat berguna untuk pesakit-pesakit yang mengalami gangguan sendi, terutamanya osteoarthritis (Bello et al. 2006). Tambahan pula, satu kajian selama 24 minggu yang menggunakan kolagen hidrolisat sebagai supplemen ke atas atlit-atlit yang mengalami kesakitan sendi yang disebabkan aktiviti-aktiviti sukan, telah menunjukkan bahawa penggunaan kolagen hidrolisat mengurangkan kesakitan secara signifikan, menyokong kesihatan sendi dan menunjukkan kemungkinan dalam mengurangkan risiko kemerosotan sendi (Clark et al. 2008).

Apakah itu γ-oryzanol?

Ia merupakan minyak dedak padi yang diekstrak daripada lapisan luar bijian padi. γ-oryzanol tinggi dalam asid lemak mono tak tepu (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA), khasnya omega-6 (38%). Satu kajian intervensi selama 10 minggu yang dijalankan di negara Thai telah menunjukkan bahawa γ-oryzanol berkesan dalam menggurangkan tahap jumlah kolesterol dan LDL-kolesterol (Utarwuthipong et al. 2009). Tambahan pula, kajian US Nurses’ Health (n=80,082 wanita) telah melaporkan bahawa penggantian lemak tepu dengan PUFA dalam pemakanan harian dapat mengurangkan risiko relative untuk penyakit kardiovaskular sebanyak 42%. (Hu et al. 1997).

Download PDF sini!